mudah menternak ikan laga

Assalamualaikum
Hai nak kongsikan tentang pengalaman saya dalam mengawankan ikan laga secara ringkas dan lebih mudah difahami atau cara paling padat
Comment jika ada maklumat yang mungkin terlepas pandang okay dan maklumat lanjut boleh hubungi

Tuan Muiz 017-687 3007 sentiasa sedia whatapp juga telah disediakan.  http://www.wasap.my/+60176873007/Tanyalah

         Setinggi manapun darjat anda dan setinggi manapun keegoan anda sekiranya anda tertarik dengan binatang ternakan anda boleh menaruhkan sebahagian harta anda untuk mencapai hasrat. Oleh itu mengapa kita tak kembangkan ilmu kita?

gambar hiasan
      Ikan laga adalah sejenis haiwan yang hanya hidup didalam air tawar. Ikan yang unik kerana mempunyai warna sisik yang menarik serta menjadi tumpuan ramai. Ikan laga juga dikenali sebagai ikan cupang dan bahasa inggeris dipanggil betta fish atau battle fish. Ikan ini sering berada di kawasan sawah

padi kerana mempunyai sumber makanan yang lengkap seperti lalat,jejentik dan alga yang merupakan sebahagian dari carta pemakanan ikan laga ini.



Ikan laga selalunya dijual dengan harga yang tinggi kerana ekornya yang panjang dan bersinar serta penerapan warnanya yang sangat striking ditambah dengan pengembangan ekornya yang memegahkan dirinya untuk bertarung dengan pihak lawan.



Cara mengenali ikan laga jantan anda perlu melihat pada ekornya yang panjang dan cantik tetapi sesetengah ikan laga kini ada yang mempunyai ekor yang kontot kerana kacukan yang dibuat daripada sesetengah ahli sains untuk menjadikan spiesis ikan laga ini dapat dipelbagaikan.Antara jenis-jenis ikan laga termasuklah ikan laga pelakat, siam, kelopak, king, kampung dan lain-lain lagi.

Ikan Laga Jantan
Pertambahan ikan laga yang berbeza ini dapat menambahkan permintaan ikan laga daripada pelanggan secara membuak.Ikan laga jantan yang ingin dikacukan tidak boleh dipilih yang terlampau muda kerana sifat yang ada pada ikan laga muda mempunyai ciri2 bersifat agresif atau lebih ganas. Jika nasib anda baik ikan ini dapat melakukan pengawanannya dengan sempurna tetapi perkara yang menyedihkan telur2 yang telah menetas selepas dua hari itu akan dimakan oleh ikan yang bersifat agresif itu.



Cara mengenali ikan laga betina pula dengan cara melihat di bawah bahagian abdomennya mempunyai titik putih yang mengambarkan bahawa dia adalah seekor ikan laga betina 
Ikan Laga Betina
dan belang-belang pada belah kiri dan kanannya bermakna dia bersedia untuk dingawankan bersama dengan ikan laga jantan.Mempunyai ekor yang pendek untuk memudahkan proses membelit berlaku. Pemilihan ikan laga betina yang lebih tua menyebabkan ikan laga betina menyerang baka jantan yang tidak cukup usianya itu sehingga mati.



CARA MENGAWANKAN IKAN LAGA 


proses persediaan:~

√Ikan laga jantan (umur atas♀)
√Ikan laga betina (umur bawah♂)
√Air mineral (PH yang sesuai)
√Bekas(bekas yang gelap)
√Cup polisterin (potong separuh)
√Rumpai (jika ada)*
√Rumput palsu (jika ada)*
*untuk membenarkan ikan laga betina bersembunyi
sekiranya ikan jantan bertindak agresif.


proses pengawanan:~

Letakan semua bahan² persediaan diatas kedalam bekas yang gelap atau tempat yang gelap. Biarkan selama seminggu.Lihat samada ikan jantan membuat buih atau tidak.

         Sekiranya tidak, asingkan ikan laga betina secepat mungkin ia akan mati kerana ini membawa maksud bahawa ikan jantan anda tidak bersedia untuk mengawan.Sekiranya buih telah banyak dihasilkan melekap pada cawan yang disediakan bermakna anda akan menerima suatu isyarat yang mengagumkan.

         Proses mengawan akan bermula beberapa hari lagi.Anda tidak dibenarkan menghancurkan buih yang telah dibina kerana itu merupakan sarangnya untuk dia membiak.Sekiranya sarangnya hancur anda lakukan proses mengawan belum berakhir sekiranya pihak jantan masih berupaya melakukannya.
Proses Membelit


          Setelah sarang telah siap ikan jantan akan menghalau ikan betina ke sarangnya bagi memulakan mengawan.Sekiranya ikan betina mengelak dan menolak ini akan mendatangkan perkara negatif yang mana Si betina menghancurkan sarang yang telah cantik dibina.Perkara ini akan menimbulkan pergaduhan.
       
       Sekiranya betina datang ke sarang dengan cara yang lebih sopan tanda positif untuk Si jantan meneruskan mainannya. 

      Cara mereka bersenyawa adalah Si jantan akan membelit Si betina sehingga Si betina mengeluarkan benih-benih putih yang banyak bertaburan diatas permukaan bekas mengawan.Si betina akan terapung-apung pada sarang dan pada masa itu Si jantan mengutip satu persatu benih yang terhasil.
Mengutip Telur
           Selepas habis persenyawaan kita perlu ambil tindakan kepada si betina kerana dia akan  memakan telur-telur selepas 34 jam menetasnya anak-anak ikan yang sangat halus dan kecil. Bagi mengelakkan kuantiti anak ikan berkurang moleklah kiranya kita mengambil tindakan awal bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku kepada ikan yang telah dikurniakan.

     Setelah 2 minggu asingkan Si jantan dengan anak-anaknya dan anda perlu perhatikan pembesaran anak-anak ikan itu dengan teliti agar membesar dengan sihat.

Comments

  1. Hmmmm................cam ana nk bagi ikan laga hamil balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ikuti aturan yang diberikan diatas insyallah berhasil semula

      Delete
  2. Nanti betina yg duduk dalam polistren tu nak bagi makan ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg makan mcm biasa nanti dia akan keluar untuk makan

      Delete

Post a Comment